About Us

KNK Ventures didaftar dan memulakan operasinya pada sekitar Julai 2006. Dengan permulaan operasinya hanya di rumah, kemudian telah mengambil langkah pada 2008 dengan membuka sebuah kedai di 1665 Tkt 1, Tmn Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, 13050 Butterworth, Pulau Pinang.

KNK Ventures memfokuskan kepada membuat pakaian custom made (ukuran badan) kemeja F1 (kemeja korporat), uniform dan t-shirt. KNK Ventures juga memasarkan pakaian siap atau ready made seperti t-shirt, pakaian sukan  dan sebagainya yang kebanyakannya dipaparkan di laman web ini.
Selain daripada itu, perkhidmatan yang lain seperti sulaman berkomputer atau embroidery dan juga cetakan atau printing atas fabrik ada disertakan.